Wednesday, November 30, 2011

Stamina Rendah


Beberapa minggu ni memang minggu-minggu yang meletihkan bagi diri aku..

Banyak kerja yang nak disiapkan,,,tapi inilah asam garam kehidupan seorang pelajar...

Ni la nikmat yang patut dinikmati oleh para pelajar,,,Dalam banyak kerja sempat lagi pulak aku update blog yang dah macam tak bertuan ni,,hahaha,,, 



Mula-mula penat buat kerja baru terduduk macam ni




Lepas tu,,dah berpinau dah kepala otak aku,,mata pun dah tak larat nak bukak




       Sekarang dah macam ni dah,,,

Good night everibodi.....


sumber gambar: Google


Thursday, October 27, 2011

Amil Lesapkan Wang Zakat





JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.
Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.
“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

*bila nampak duit je ramai yang rambang mata.sedangkan imam ni boleh terpedaya dengan duit,ini kan pulak kamu.so keep your head cool before talking about money....

Tuesday, October 4, 2011

Percaya Padaku


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


sumber: 

Monday, September 19, 2011

Isu Hantu Bonceng



Isu hantu bonceng memang panas sekarang ni di laman-laman sesawang mahupun di laman-


laman tidak bersawang.


Dikatakan Zizan menghina Islam dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" 


yang membawa maksud “ "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu 


Syaitan"NAUZUBILLAH!!


Tapi Zizan dah pun meminta maaf  :



 

Tapi bila minta produser dia pulak komen :

[image%255B11%255D.png]

Dia kata pihak LPF dah tapis. Macam mana agaknya kan pihak LPF tu tapis. Benda macam ni bukan boleh buat main. Astaghfirullah..... Mungkin terlepas pandang. 

Tapi penonton pun bukannya bodoh kan tak dapat nilai mana betul mana salah. Mungkin ada jugak penonton HB ni dalam kalangan bijak pandai dalam agama Islam. Rakyat Malaysia kan ramai. Jadi bila dah tegur mana yang salah tu tetap salah la kan? Korang nilai la sendiri.

Akhir kata yang salah tetap salah. Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan juga nak tegakkan jarum yang patah. Berkata benar walaupun pahit. Pahit sepahit hempedu, manis semanis madu. >>>tudia kata-kata pujangga.. haha..





Tuesday, August 23, 2011

Cerita Pasal Kasut

Kasut.

Pakai kat kaki.

Tengok gambar dalam google.

Jumpa gambar kasut.

Nak post gambar kasut.

Gambar kasut kat bawah.

Kasut kaki wanita 





Kasut wanita jugak 


Kasut yang tak macam kasut



Kasut kaki. 



selipar ikan



Kasut takut hujan



kasut yang geli gila tengok


Nak tengok dengan lebih lanjut leh cari dekat google dengan keyword kasut pelik.


Sumber: Google



Sunday, August 21, 2011

Pendedahan Ekslusif Seorang Guru


Situasi yang aku nak cerita ni memang betul terjadi kepada salah seorang guru di Malaysia ini. Guru tersebut telah berkongsi pengalamannya dengan aku untuk dikongsikan dan diabadikan di dalam blog aku ini. Bacalah pendedahan eksklusif yang dibawakan khas oleh wartawan khas HariHariku.


Latar tempat : Bilik darjah (darjah 3)


Cikgu: (sedang berjalan-jalan memerhatikan anak-anak muridnya membuat kerja yang diberikan)


Budak: (sedang melukis di atas kertas kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu)


Cikgu: Awak buat apa tu... (dengan nada yang sangat marah)


Budak: Lukis gambar berok cikgu.


Cikgu: Bila masa pulak saya ada berok. Sudah, baik awak padam balik.


Budak: Baik cikgu.


Setelah kelas tersebut,adalah waktu rehat. (Dingdingdong,,,,loceng rehat berbunyi)


20 minit kemudian,cikgu tersebut dapat panggilan telefon.


Cikgu: Ye cikgu bercakap,


Telefon: saya mak kepada Budak dalam kelas cikgu.


Cikgu: ok teruskan.


Telefon: Cikgu bagi anak saya balik awal ke? terima kasih ye cikgu.


Cikgu: Bila pulak saya bagi balik awal.


Telefon: Tadi Budak cerita, cikgu suruh dia Padam lepas tu Balik.


Cikgu: Ya Allah.


Setelah kejadian tersebut, Cikgu berkenaan tidak lagi menggunakan ayat Padam Balik kerana takut kejadian selepas padam dan terus balik ke rumah.


Cikgu tersebut sudah menukarkan ayat tersebut kepada Padam Semula.




Sekolah tempat berlakunya kejadian tersebut
    


Wednesday, August 17, 2011

Butang 'Like' Mukabuku





Button 'Like' merupakan satu button yang bergaya bagi saya.
Kelebihan button 'Like' ini selain bergaya adalah seperti:


  • Pembaca blog mudah untuk mengekpresikan perasaan suka terhadap entry anda.
  • Penulis blog juga boleh mengekpresikan perasaan suka terhadap entry sendiri.
  • Rakan-rakan facebook anda akan nampak apa yang anda menyukai.
  • Rakan-rakan facebook anda pun nak menyukai juga entry tersebut.
  • Button 'Like' warna biru.
  • Button 'Like' ada gambar jari ibu ke atas ('Thumps Up') 
Dalam blog saya pun saya baru letakkan button 'Like' tersebut.

Cara untuk meletakkan button tersebut adalah seperti berikut:
  1. Pergi dekat Dashboard>Design>Edit HTML>Edit Widget Template 
  2. Save template yang sedia ada sebagai backup kalau perkara yang tidak diigini berlaku.
  3. Klik Ctrl + F dan cari kod <data:post.body/>
  4. Copy kod kat bawah ni dan Paste di bawah kod di langkah 3 sebentar tadi
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Kemudian save template tersebut. Siap!!!

Anda boleh mencubanya sendiri dan 'Like' artikel ini kalau suka.




Kucing itu Comel




Kucing adalah salah satu binatang yang hidup dalam kalangan manusia. 
Kucing adalah binatang yang comel.
Ramai orang suka kucing.


Ustaz kata "Bagi makanan pada kucing dapat pahala".


Ustaz berkata lagi "Jangan dok pukoi kucing tu tak ketahuan,dia tu ada perasaan jugak,cuma dia tak dak akai ja"


Lagi kata Ustaz "Jadi kita manusia yang ada akai pikiaq-pikiaq la, jangan nak kedekut bagi makan kat kucing"


Kemudian Orang 1 berkata " habis tu dia dok gabuih ikan saya, takkan saya nak cangak bulu ja dok tengok ikan saya habih kena gabuih"


Ustaz pula membidas " itu sebab anta kedekut,takmau bagi kucing makan,ikan yang busuk pun anta nak mencekik, dia lapaq dia gabuih la". 


Kemudian Orang 1 menangis teresak-esak. Kucing itu pun hidup bahagia. 


Orang 2 pula berkata "tudia teriak tak mau-mau". Lalu Orang 2 pun menangis bersama Orang 1.




Habis ceghita.


Gambar kucing:

Kucing comel
Kucing Parsi
Kucing jalanan
                   




Kucing berjalan (catwalk)


Sumber gambar : Google, Facebook kucing, kamera 


Thursday, August 4, 2011

Jengah sebentar

Assalamualaikum,,,,,

Lama gila tak jenguk blog ni,,,,

uhuk,,huk,,emm,,berhabuk sikit Maklumlah dah lama tinggal...

Di kesempatan ini,pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepda semua blogger muslimin dan muslimat sekelian walaupun dah 4 hari posa. 

Di kesempatan ini juga saya ingin mengajak kepada semua muslimin dan muslimat serta diri saya sendiri untuk mengerjakan solat terawih di masjid, baca Al-Quran dan tidak lupa juga untuk makan moreh selepas terawih. 
Ini adalah kerana kalau kita tak habiskan moreh tersebut, ia akan menyebabkan pembaziran. Dan dengan bangganya saya mengumumkan saya tak terbabas lagi untuk makan moreh setakat ini.

Dan untuk kekasihku yang berada nun jauh disana kenangku dalam doamu. Maafkanlah kekanda yang sering melakukan kesilapan ini. Ingatlah kekanda tatkala menikmati juadah puasa terutama sekali bila makan sup ayam. 

Akhir kata, majulah sukan untuk Malaysia. 

Anak itik berjalan-jalan,
Jalan pula dengan anak ayam,
Bulan posa berjalan-jalan,
Jangan pula bukak posa diam-diam.


Friday, April 22, 2011

Cinta Ibarat???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

What's up guys!!!

Ok,,aku kat sini bukan nak speaking ka apa ka,,,tapi disini aku nak tanya la anda-anda di luar sana apa persepsi  anda tentang CINTA. Di sini aku percaya yang masing-masing ada persepsi dia yang tersendiri. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Ok kita tinggalkan pasal belalang kita terus menuju ke titik atau orang putih kata straight to the point. Di sini aku ada nak share sikit persepsi-persepsi tentang CINTA ni. Jadi leh tengok la mungkin ada yang sama dengan persepsi anda-anda semua


Cinta Ibarat Rama-rama
Sapa yang percaya cinta jenis ni maksud dia, dia tengah tunggu cinta tu datang sendiri kat dia. Macam rama-rama, kalau kita dok ligan(kejar) dia, makin jauh la dia lari dari kita. Tapi cuba kalau kita wat bodo ja kat dia, sat gi tup tup tap tap tet tet dia dok kat depan kita. Tension pulak tengok rama-rama tu kan? Ha time tu kena grab cepat-cepat la, takut sat gi dia lari lak pi kat lain jenuh pulak nak ligan. 

Persepsi aku: Jenis ni jenis yang tak setia ni,, senang sangat terpengaruh dan lari pi cari lain. Jenis ni susah nak jaga la kata orang. 

Cinta Ibarat Tunggu Bas
Analoginya macam ni, hampa semua tengah tunggu bas, lepas tu ada la bas mai kan dah nama pun tunggu bas. Lepas tu hampa kata bas ni buruk la,,,hmapa pun tak mau naik. Lepas tu ada lagi bas mai, hampa kata bas ni  banyak sangat loceng,,hampa tak mau naik lagi. Lepas tu tiba-tiba nak hujan,,tiba-tiba jugak ada bas mai,,hampa pun naik. Dah naik tengok-tengok bas tu buruk dan banyak loceng,,,tengok luar cantik,,masuk dalam hancussss.... hampa pun menyesal dan terima saja keadaan itu.

Persepsi aku: Jenis ni jenis memilih sangat,,last-last salah pilih,, padan muka,,menyesal sudah, anda salah anda sengsara.

Cinta Ibarat Boomerang
Cinta jenis ni jenis yang setia kat pasangan dia. Pasangan dia buat la apa pun kat dia,,baling laju-laju pun dia tetap balik kat pasangan dia. 

Persepsi aku: Jenis ni aku rasa jenis yang setia,,tapi agak bodoh la,,dia biar ja pasangan dia buat apa pun kat dia,,,dia tetap nak balik kat pasangan dia,,erm,,mungkin sebab Love is Blind.

Cinta Ibarat Kentut
Cinta jenis ni jenis yang malu-malu tapi mahu. Nak lepas malu bila dah lepas lega rasa. Tapi bila lepas diam-diam, bila sampai masa, tercium la kentut tu.Bila dah tercium fuhhhh,,,tak nak syahdu pulak kat bau dia,,,

Persepsi aku: jenis ni jenis yang aku rasa akan kekal la. Sebabnya bila tercium bau kentut tu memang tak boleh lupa la,,,syahdu....... bila terkena penangan cinta tu memang dia teringat ja,,macam teringat kat bau kentut tu,,,hahaha...

           
Anda pula bagaimana??? Yang mana satu hampa rasa yang Cinta Itu Diibaratkan??? Tapi apa-apa pun cinta yang hakiki adalah cinta kepada Tuhan. Klik sini 

Sunday, April 17, 2011

Antara FANTASI dan REALITI percintaan

Assalamualaikum and hello there!!!! 

Ha,,jawab jangan tak jawab. Tak jawab dosa ooo,,,ayyok tak tau,,,kalau jawab sayanggggg,,,
Huahuahua,,pengaruh vlogger la ni,,

Em,,kiriman aku pada kali ini adalah bersoalkan tentang CINTA....
Kenapa tiba-tiba aku nak bicara tentang CINTA ni??? Ha,,kena baca lagi la apa yang aku nak tulis. 

 Kita banyak terdedah dengan cerita-cerita cinta di kaca tv bukan. Pihak media banyak mempengaruhi pemikiran muda kita. Sedikit sebanyak mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Ha tak terpengaruh???
Hampa toksah dok muhong,,aku tau la hampa pun terpengaruh jugak dengan cerita-cerita kat tv nu,,,

Bukti dia cerita hantu kak limah la,,,apa lagi,,,contoh dia bala-bala,,ce cite,,,kite bako je,,,wheel caa dan sole-sole. Ha hampa nak muhong pa lagi,,,betoi kan? haha,,,  Aku tak mau tulis panjang kat sini, jadi aku nak cerita diantara FANTASI dan REALITI dunia percintaan. Apa yang ditunjuk kat dalam TV tu bukan semua betoi pun,,muhong ja lebih,,meh aku nak dedahkan antara FANTASI dan REALITI dia.


FANTASI: Tengok ada tahi bintang terbang ke kiri. Ha,itu tandanya saya cinta kat awak. 
REALITI: Tengok ada taik kucing,,kucing tu berak kat sebelah kiri awak.Tu tandanya awak ni busuk. 



FANTASI: Untukmu aku sanggup merentasi lautan api sekali pun wahai Munah.
REALITI: Mana ada lautan api dalam dunia ni wahai Munah boleh la aku cakap. 



FANTASI: Akanku bawa kau ke langit ketujuh sekali pun. 
REALITI: Alamak,,pe la yang aku merepek,,nak bawak nek AIR ASIA pun isi poket aku tak lepas...



FANTASI: Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
REALITI : Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak, ada Minah, Liza, Ani, Siti, eh,,nama awak sape,Anis ek?



FANTASI: Kalau awak bagi saya RM1000 sekali pun saya akan pilih awak dari duit tu.
REALITI : Kalau awak bagi saya RM1000 sekali pun saya akan pilih awak dari duit tu sebab saya nak RM1 juta dalam simpanan awak tu,apa barang RM1000.



FANTASI: Akan aku hiaskan langit malam dengan sinaran cahaya bulan dan kilauan bintang-bintang.
REALITI: Akan aku hiaskan langit malam dengan sinaran cahaya bulan dan kilauan bintang-bintang, sebab aku tak dak duit nak hias dengan lampu-lampu yang banyak,,bil elektrik mahai woo...



FANTASI: Dalam cinta, matalah yang paling jujur berkata-kata.
REALITI: Dalam cinta, matalah yang paling jujur berkata-kata, tengok mata kau ada ketumbit,,,sah-sah kau mengendap tengok pompuan mandi kan...


Ha,,macam mana boleh dijadikan iktibar tak pendedahan aku ni,, hehe,, Jadi yang tu sajalah kot yang aku nak kongsi kat sini. 
SEKIAN terima kasih...... 

Tuesday, April 12, 2011

LUPA

adus,,,,gua terlupa la!!!!
serius gua lupa
bukan lupa,tak ingat
em,,,byk sgt keja lupa la

menurut orang-orang bijak pandai dan orang yang sentiasa buat kajian,,1/4 orang dalam dunia ni suka memberi alasan LUPA.

kenapa LUPA yang dipilih???
Ini adalah kerana lupa adalah salah satu alasan yang paling selamat dan relevan diberikan selain daripada alasan "ALAMAK,,nenek gua bersalin la,,jadi tak sempat abiskan kerja tu".

Besides, perkataan LUPA lah yang paling senang nak sebut. Simple, mudah dan ringkas. Hanya dua suku kata iaitu Lu-Pa. Kalau bahasa Inggeris FORGET. Still dua suku kata For-Get. Ataupun dalam past tense FORGOT, masih juga dua suku kata For-Got.

Selain dari itu, LUPA dipilih sebagai satu alasan yang popular kerana LUPA memang adalah sifat manusia biasa macam kita ni. Dari perkataan arab INSAN. Kata akar INSAN bermaksud LUPA.

Furthermore, LUPA adalah alasan yang suka diberikan kerana LUPA dikaitkan dengan otak. Otak kita bawak kemana-mana saja kan? kalau otak letak kat kepala lutut pun kita still bawak kan otak tu. Jadi perkataan LUPA tu sentiasa ada dalam otak kita. Memang lumrah manusia.

contoh ayat yang sering digunakan:


  1. walaweh, gua lupe la bro nak beli rokok batang yang lu pesan tadi.
  2. em,,semalam kucing saya mengadu sakit perut dan cirit birit, saya risau sampai terlupa nak siapkan assigment tu,
  3. halamak,,,aku lupa la nak gosok gigi pagi tadi,,dah 2 hari aku lupa.
  4. err..saya terlupa memerang makan ikan, saya ingat dia makan friskies.


Akhir kata, LUPA adalah satu alasan yang fleksibel untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua anda berada. Jangan LUPA gunakan alasan LUPA dalam segala jenis keadaan. Anda LUPA anda sengsara.
Walaweh!!!!  gua LUPA esok gua ada kelas pagi,,,tido dulu sebelum gua LUPA nak bangun awal esok.. harap member gua tak LUPA nak kejutkan gua esok.

Wednesday, March 16, 2011

SATU dua TIGA empat..1234

1234,,,,

what to do with this miracle number???

emm,actually I dont have idea either...

but only 1 thing, 

2 you,,

3 words,,,

4 you.....



Love 


You............

That's all......

.......from me to describe this enjoyable song...

Hope you will enjoy it too...


p/s:malas nak upload video,,bagi link pun boleh kot...hahaha...
         

Tuesday, March 15, 2011

VLOG?????

Apa itu VLOG???



Saat burung-burung berkicauan,,,saat kucing mengiau-ngiau mencari makanan,,,saat itulah aku terdengar sayupnya suara yang bertanya "err,,vlog tu apa ek?" tanya satu lembaga yang datang dari dapur sambil membuka tin biskut berjenama HUP SENG....




Jadi dengan pantas aku menjawab vlog itu adalah satu jenis makanan yang bersalut dengan cip coklat,,
Lantas lembaga itu terus menerkamku dengan niat nak mencuri vlog yang dia ingat makanan cip coklat tu,,,(nampak sangat gelojoh)....
*nampak benor menipu*






OK2,,,vlog tu sebenarnya adalah mengekpresikan luahan perasaan ataupun cerita-cerita yang dianggap menarik dengan cara meluahkan dengan  video.... Dengan erti kata lain vlog ini adalah berblog dengan cara bervideo.. Hmmmmm...tak paham lagi??? OK mungkin dengan equation ni boleh paham kot????siap dengan ilustrasi gambar lg,,,boleh paham ni,,kalau beng** sangat tak tau la.....




video + blog = vlog




macam ni la orang bervlog






Paham? Then, cara sebutannya pulak. Adakah V-Log ataupun Velog??? Ha,,,yang ni aku tak tau,,,jadi aku nak tanya anda-anda yang taulah,,,kalau tau habaq-habaq mai la kat sini,,,kita boleh berdiskusi atau berdebat....




Contoh-contoh yang boleh diambil adalah seperti disini... Klik la kalau nak tengok contoh orang bervlog.. Kalau tak mau klik pun tak pa.... Ikut anda-anda sekalianlah kan,,,saya tak rugi apa pun... anda bagaimana???




Insan yang cemerlang datangnya dari akal yang bersih,,,,,,,,




Ok itu sahaja penerangan tentang vlog...ada masa lagi kita bincang lagi pasal vlog ni,,,aku suka tengok orang buat vlog ni,,,macam-macam gaya dan cara ada,,,ada yang duduk,,berdiri,,tonggeng terbalik pun ada,,,adui,,macam-macam ada (iklan astro)..... 




Nak buat sendiri vlog??? emmmm,,,belom sampai seru lagi kot,,,,,hahaha,,,
*blog pun malas nak update*


argh diamlah,,kata aku kepada diriku sendiri,,,(monolog dalaman)


Sekian wasalam,,,,,


Sebelum tu baca la dulu pantun kat bawah ni...




Tepung talam sedap dimakan
Anak cina pun membuat tepung talam  *anak cina lagi*
kenapa asyik ingat nak makan
kenapa tak akhiri dengan salam?


Assalamualaikum!!!!!!!!!!








foot note: em,,,pantun tu,,,entah la,,,layan je la,,,,,,,



Monday, March 7, 2011

Woi seNyuM La SiKiT!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,

"adik manis senyum la sikit,,,manisnye adik manis,,,pewit,,pewit!!!!"
Tu la dialog yang aku dengar tatkala melintas di hadapan beberapa mat bangla yang cuba mengUSHA beberapa gadis tempatan....pergh,,,sastera jugak kan aku,,,,hehe(kembang idung sendiri). 


Lepas dengar dialog tu,,terus aku rasa nak buat entry ni......yang bertajuk SENYUM ADALAH SATU LANGKAH MENUJU KE ARAH MODAL INSAN YANG BERJAYA...pergh,,,sastera sekali lagi...


Ok,,,,dipendekkan cerita yang telah sediakala pendek ini,,,kenapa kita perlu senyum?????


Lambat la korang jawab,,,nak tunggu korang google search lak kan,,,tak pe...aku dah tolong pikirkan untuk korang,,,,meh baca meh sebab-sebab kita kena senyum dan mesti senyum......


  1. Dapat hilangkan stress.
  2. Awet muda.
  3. Mengubah perasaan.( kalau rasa nak marah-marah senyum la dulu konfem tak jadi marah)
  4.  Kelihatan sukses dan macho serta cantik mahupun lawa dan tidak lupa juga gorgeous.
  5. Kelihatan menarik.(kalau muka asyik nak marah @ masam ja mesti orang meluat kan tengok,,benci2 gitu,,,benci taw,,,awww)


5 ja yang aku leh pikir,,,kalau korang rasa ada lagi tolong-tolong la tambah ye,,,,tolong menolong amalan mulia,,,,kan,,kan,,,kan,,,kan,,,,


Ok itu saja yang aku nak kongsi pada malam yang berbahagia ini,,,ingat lah ibubapa yang tercinta dan senyum selalu,,akhir kata,,,ingat denggi itu membunuh,,,sekian..................................................................................................................................................^__^




+___+

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............................................................................

Thursday, March 3, 2011

mAcAm-MaCaM !!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,nk lagi salam???salam 1 Malaysia, salam 1 rumah,, salam 1 kelas,,, salam 1 uMt,,,, mak ai,,,byknya salam yang berasaskan 1 kan? agak-agak kenapa 1 bukan 2 or 3 atau 4 mahupun 5,,ha,,kenapa???? ce cite!!!!

korang cite lah sendiri,,malas aku nak cite,,,macam2 da,,,

Malas!!! ha,ni satu lagi penyakit yang aku nak cite,,,,
penyakit Malas,,mim alip lam sin.......ma-las....

kenapa penyakit ni selalu ada pada diri kita? especially kat student mahupun yang sudah bekerja,,,
Malas nak buat assigment,malas nak ulangkaji,,malas nak gi kedai pakcik tut!!!(kedai dekat ngn umah aku), malas nak gi kelas,,malas nak gi lab,,,malas nak wat asigment yang melambak-lambak yang dateline pun dah dekat nak anta,,malas nak buat report lepas wat lab tak kira lab pada waktu dini hari ataupun pada waktu tengah malam.....malas nak buat test,,,malas nak baca note untuk test yang beratur panjang dari hari ke hari!!!!!!!!!!! malas nak basuh pinggan,,,malas nak basuh cawan,,malas nak basuh sudu,,malas nak basuh baju walaupun gune washing machine,,(ni tahap wahab punye malas ni)........................


emmm,,,,,tapi walau macam mane sekali pun kite malas,,kite kene rajin-rajinkan diri kerana rajin itu sifat-sifat orang yang maju dan bertamadun according to mr.john kolaboo al-kabiri,University NOTTIhurm.....

Justeru,,saya menyeru kepada semua pembaca agar  rajinkan diri dalam segala bidang pun (tak termasuk bidang2 jenayah)...emm,,,then,,,majulah sukan untuk negara,,,,belia benci dadah,,,saya tak akan direman lagi,,,kalaulah saya bersabar,,,,


Pantun Rajin

makan nasi ikan bawal,,
pi kelas kena la awal.....

ikan selar pak aji,,,
jangan sampai tak ulangkaji....

anak cina berlari-lari,,
rajin dia lari,,,

anak india lak berjalan-jalan,,
rajin dia jalan,,,

anak melayu tengah tido,,
rajin dia tido,,,

berjaga malam tido pagi,,
pergh rajinnye pagi-pagi,,,

pagi-pagi makan teloq,,,
rajin update blog,,,

makan teloq makan ketupat palas,,
nak study malas....





p/s: argh,,,ngantok lak,,,bile nak study ni,,,malas-malas!!!

Monday, February 21, 2011

Penangan Kak Limah!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia dan salam 1 agenda dan salam 1 UMT!!!

pergh,,banyak kan sekarang cara orang bagi salam,,,huhu,,,
Biasa la kan,,orang sekarang kan kreatif,inovatif, dan smarties!!! 

Tapi masalahnye bukan itu yang aku nak cite kat sini,,,tp aku ada satu story nak mory kat blog ni,,,
"ha cite pe tu,,ce cite ce cite,,"

Tag line ni la yang aku nak story kat sini,,,tag line "ce cite" tu,,,
Ni terpengaruh dengan cite Hantu Kak Limah la ni,,,(kaki DVD ni,,)

ni la cite hantu kak limah!!!


Ok berbalik kepada tag line ce cite yang aku nak story td,,,
citenye bermula di dalam satu kelas yang aku hadirkan diri semalam pada awal pagi lebih kurang 10.13 minit pagi. 

Pensnyarah aku tengah bersyarah la kan time tu...Pastu die tengok bebudak banyak yang mengantuk,,,then die pun berkata,,,

encik pensyarah: emmm,,pernah dengar cite orang-oarng tua dulu pasal air?
bebudak mengantok: tak pernah (ramai2 jawab)
encik pensyarah: emm,,,nak dengar cite tak?
bebudak mengantok: nak2,,ce cite cite,,,,,(ramai2 gak yang jawab)


begitulah lebih kurang insiden selama 5 minit cam tu...huhu
yang besnye semua bebudak jawab tu same lak tu,,kire masa menjawab tu synchronize la setiap sorang,,,
aku pun termasuk gak la yang menjawab ce cite tu...hehe...

kesian je aku tengok pensyarah aku tu,,terpinga2 tengok kitorang ketawe selepas menjawab dengan sedemikian rupa,,buntu die pikir nape kitorng bergelak tawe,,huhu,,,,,kesian-kesian...
sori la encik pensyarah,,nanti kite tngok cite Hantu Kak Limah tu sesame,,hehe...

Pastu ape lagi aku nak story kat sini,,,emmm,,ha,,,diantara tag line cite hantu kak limah yang sering digunakan diantara member2 aku selain ce cite:

  1. kite bako,,kite bako....
  2. sabo je la....
  3. bala,,bala,,sy ada seminar lepas ni..
  4. aku orang indonesia,,kalau enggak penuh ilmu di dada tidak sampei ke gunung everest,,,,
  5. pelawok,,pelawok,,,pelawok,,keh,keh,,keh,,,
  6. kene tokak dek nyamuk kene malaria tapioka....
  7. kak limah oi,,,tak tengok akademi fantasia ke,,,
  8. hasan mutalib,,,
  9. sape setuju sile angkat tangan macam saye...
  10.                 kaki DVD ni..........
  11.                    wheel caaa................