Tuesday, January 18, 2011

BolaRaga

<<<Assalamualaikum>>>

  
Dulu aku suka main satu permainan ni yang dinamakan BolaRaga atau bahasa standard basketball.
Mula aku diperkenalkan dengan permainan ni masa aku masih menuntut di sekolah rendah yakni Sekolah Kebangsaan. Masa tu umur aku 12 tahun atau lebih spesifik darjah enam. Masa tu aku tak tau main pun,tapi disebabkan keinginan untuk cuba main BolaRaga aku pergi jugak ke pemilihan BolaRaga untuk wakil sekolah. Tapi aku tak ada niat pun nak wakil sekolah. Aku cuma nak berseronok saja dengan cuba permainan baru bagi aku tu. Tapi mungkin dah rezeki aku,aku terpilih untuk wakil sekolah. Seronok gila aku time tu,maklumlah aku tak pernah lagi wakil sekolah untuk acara sukan. hahaha..


Sekolah menengah
Aku bersekolah agak jauh dari rumah aku,sekolah berasrama. Masa tu aku terpilih lagi untuk menyertai pasukan bolaRaga sekolah. Oleh sebab ramai ahli pasukan yang tiada pengalaman bermain, aku telah dipilih untuk memimpin ahli-ahli yang lain. Seronok juga masa tu,banyak pengalaman yang aku belajar semasa menyertai pasukan bolaRaga ini. Dari bolaRaga aku belajar untuk memimpin,dari bolaRaga aku belajar segala-galanya. Memang seronok masa tu,orang kata "enjoy abes lah". hehehe..


Akhir kAta
BolaRaga menjadi satu kegembiraan buat aku. Tidak kira dulu mahupun sekarang. Walaupun sekarang ni aku jarang bermain bolaRaga tapi aku tetap gembira bila teringat kembali semua kenangan yang berkaitan dengan bolaRaga. Kerana bolaRagalah yang telah mematangkan aku serba sedikit.



sekian cerita bolaRaga ^_^

*bolaRaga = bola keranjang =)

































Thursday, January 6, 2011

DAH LAMA DAH!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Dari tahun ke tahun,
Dari bulan ke bulan,
Dari minggu ke minggu,
Dari hari ke hari,
Dari jam ke jam,
Dari minit ke minit,
Dari saat ke saat...

Masa kian berlalu,,
Jam kian berdetik,
Tahun kian bertambah,

Dah lama dah tak update blog ni,,
Jadi apa yang aku nak sampaikan di sini?
em,,tak ada apa pun,,cuma satu je nak pesan,,
untuk semua pelajar macam saya ni,,
belajarlah rajin-rajin...
Jangan sampai tak solat...

wassalamu....