Tuesday, August 23, 2011

Cerita Pasal Kasut

Kasut.

Pakai kat kaki.

Tengok gambar dalam google.

Jumpa gambar kasut.

Nak post gambar kasut.

Gambar kasut kat bawah.

Kasut kaki wanita 





Kasut wanita jugak 


Kasut yang tak macam kasut



Kasut kaki. 



selipar ikan



Kasut takut hujan



kasut yang geli gila tengok


Nak tengok dengan lebih lanjut leh cari dekat google dengan keyword kasut pelik.


Sumber: Google



Sunday, August 21, 2011

Pendedahan Ekslusif Seorang Guru


Situasi yang aku nak cerita ni memang betul terjadi kepada salah seorang guru di Malaysia ini. Guru tersebut telah berkongsi pengalamannya dengan aku untuk dikongsikan dan diabadikan di dalam blog aku ini. Bacalah pendedahan eksklusif yang dibawakan khas oleh wartawan khas HariHariku.


Latar tempat : Bilik darjah (darjah 3)


Cikgu: (sedang berjalan-jalan memerhatikan anak-anak muridnya membuat kerja yang diberikan)


Budak: (sedang melukis di atas kertas kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu)


Cikgu: Awak buat apa tu... (dengan nada yang sangat marah)


Budak: Lukis gambar berok cikgu.


Cikgu: Bila masa pulak saya ada berok. Sudah, baik awak padam balik.


Budak: Baik cikgu.


Setelah kelas tersebut,adalah waktu rehat. (Dingdingdong,,,,loceng rehat berbunyi)


20 minit kemudian,cikgu tersebut dapat panggilan telefon.


Cikgu: Ye cikgu bercakap,


Telefon: saya mak kepada Budak dalam kelas cikgu.


Cikgu: ok teruskan.


Telefon: Cikgu bagi anak saya balik awal ke? terima kasih ye cikgu.


Cikgu: Bila pulak saya bagi balik awal.


Telefon: Tadi Budak cerita, cikgu suruh dia Padam lepas tu Balik.


Cikgu: Ya Allah.


Setelah kejadian tersebut, Cikgu berkenaan tidak lagi menggunakan ayat Padam Balik kerana takut kejadian selepas padam dan terus balik ke rumah.


Cikgu tersebut sudah menukarkan ayat tersebut kepada Padam Semula.




Sekolah tempat berlakunya kejadian tersebut
    


Wednesday, August 17, 2011

Butang 'Like' Mukabuku





Button 'Like' merupakan satu button yang bergaya bagi saya.
Kelebihan button 'Like' ini selain bergaya adalah seperti:


  • Pembaca blog mudah untuk mengekpresikan perasaan suka terhadap entry anda.
  • Penulis blog juga boleh mengekpresikan perasaan suka terhadap entry sendiri.
  • Rakan-rakan facebook anda akan nampak apa yang anda menyukai.
  • Rakan-rakan facebook anda pun nak menyukai juga entry tersebut.
  • Button 'Like' warna biru.
  • Button 'Like' ada gambar jari ibu ke atas ('Thumps Up') 
Dalam blog saya pun saya baru letakkan button 'Like' tersebut.

Cara untuk meletakkan button tersebut adalah seperti berikut:
  1. Pergi dekat Dashboard>Design>Edit HTML>Edit Widget Template 
  2. Save template yang sedia ada sebagai backup kalau perkara yang tidak diigini berlaku.
  3. Klik Ctrl + F dan cari kod <data:post.body/>
  4. Copy kod kat bawah ni dan Paste di bawah kod di langkah 3 sebentar tadi
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Kemudian save template tersebut. Siap!!!

Anda boleh mencubanya sendiri dan 'Like' artikel ini kalau suka.




Kucing itu Comel




Kucing adalah salah satu binatang yang hidup dalam kalangan manusia. 
Kucing adalah binatang yang comel.
Ramai orang suka kucing.


Ustaz kata "Bagi makanan pada kucing dapat pahala".


Ustaz berkata lagi "Jangan dok pukoi kucing tu tak ketahuan,dia tu ada perasaan jugak,cuma dia tak dak akai ja"


Lagi kata Ustaz "Jadi kita manusia yang ada akai pikiaq-pikiaq la, jangan nak kedekut bagi makan kat kucing"


Kemudian Orang 1 berkata " habis tu dia dok gabuih ikan saya, takkan saya nak cangak bulu ja dok tengok ikan saya habih kena gabuih"


Ustaz pula membidas " itu sebab anta kedekut,takmau bagi kucing makan,ikan yang busuk pun anta nak mencekik, dia lapaq dia gabuih la". 


Kemudian Orang 1 menangis teresak-esak. Kucing itu pun hidup bahagia. 


Orang 2 pula berkata "tudia teriak tak mau-mau". Lalu Orang 2 pun menangis bersama Orang 1.




Habis ceghita.


Gambar kucing:

Kucing comel
Kucing Parsi
Kucing jalanan
                   




Kucing berjalan (catwalk)


Sumber gambar : Google, Facebook kucing, kamera 


Thursday, August 4, 2011

Jengah sebentar

Assalamualaikum,,,,,

Lama gila tak jenguk blog ni,,,,

uhuk,,huk,,emm,,berhabuk sikit Maklumlah dah lama tinggal...

Di kesempatan ini,pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepda semua blogger muslimin dan muslimat sekelian walaupun dah 4 hari posa. 

Di kesempatan ini juga saya ingin mengajak kepada semua muslimin dan muslimat serta diri saya sendiri untuk mengerjakan solat terawih di masjid, baca Al-Quran dan tidak lupa juga untuk makan moreh selepas terawih. 
Ini adalah kerana kalau kita tak habiskan moreh tersebut, ia akan menyebabkan pembaziran. Dan dengan bangganya saya mengumumkan saya tak terbabas lagi untuk makan moreh setakat ini.

Dan untuk kekasihku yang berada nun jauh disana kenangku dalam doamu. Maafkanlah kekanda yang sering melakukan kesilapan ini. Ingatlah kekanda tatkala menikmati juadah puasa terutama sekali bila makan sup ayam. 

Akhir kata, majulah sukan untuk Malaysia. 

Anak itik berjalan-jalan,
Jalan pula dengan anak ayam,
Bulan posa berjalan-jalan,
Jangan pula bukak posa diam-diam.