Saturday, November 20, 2010

KeMbALi PuLaNg!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,

Setelah beberapa hari umat Islam menyambut Aidiladha kini tibalah masanya bagi pelajar untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai,,

Kini pemuda pemudi ini kembali dengan semangat juang yang tinggi untuk meneruskan perjuangan yang bakal ditempuhi,,

Semoga semua para pejuang cekalkan hati untuk menghadapi perjuangan ini,,
Inilah pengorbanan yang perlu diambil oleh para pelajar untuk mencapai kejayaan di masa akan datang,,

Tanpa pengorbanan kejayaan sukar dicapai,,
Adanya pengorbanan,usaha dan tawakal InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan yang ingin dikecapi,,,
InsyaAllah...

Semoga bersabar para pejuang,,
Mari kita KEMBALI PULANG untuk meneruskan perjuangan yang tertunda,,,
Sabar,cekal,usaha dan tawakal!!!




Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada. Kepada yang beraya bersama dengan keluarga berbahagialah anda semua disamping keluarga tercinta, manakala yang tidak mendapat kesempatan untuk beraya disamping keluarga, janganlah bersedih kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
  
Di Aidiladha ini suka juga saya mengingatkan kepada semua dan juga diri saya sendiri bahawa berhati-hati dimana jua anda berada, jangan ada berita di dada akhbar nanti bertajuk seperti 
"Hari Raya Korban seramai 4 orang terkorban".

BERINGAT SEBELUM KENA, KENA SEBELUM BERINGAT




  

Saturday, November 13, 2010

BILA???

bila aku membaca aku ingin tahu,
bila aku membaca aku rasa banyakyang sudah tahu,
bila aku membaca aku rasa banyaknya ilmu,
bila aku membaca aku rasa pandainya aku,

bila sudah penuh ilmu di dada maka syaitan mula menduga,
pandainya aku, aku lagi pandai dari dia, aku hebat,
bongkak, takbur, hidung tinggi mula menguasai diri,
akulah yang hebat,akulah yang itu dan akulah yang ini,

tetapi bila terlampau banyak ilmu didada,
bila tidak termampu untuk diamalkan,
bila kita sudah alpa dan leka,
bila kita sudah lupa,

maka hilanglah segalanya,
maka musnahlah semuanya,
maka hancurlah keseluruhannya,
kerana ilmu yang tidak diamalkan,


p/s: apa yang aku tulis pun aku tak tau,,hasil nukilan pada jam 3.29 pagi..zzzzz...sleepy,,

Thursday, November 11, 2010

KAMI!!!


k.A.m.I

Kami aquaculture di Johor,,bes woo...
Gambar diatas adalah merupakan beberapa adegan dan sedutan di Johor..
Ada lagi gambar yang nak di edit dan diletakkan di dalam blog ini.
Posted by Picasa

Friday, November 5, 2010

LIRIK LAGU

SUNGAI LUI

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )


ARTIS: Aizat 

Thursday, November 4, 2010

The truth remain mystery...

Dulu  tgk org study aku pun nak study tp skang tgk org study aku nak tido,,aku pun xtau nape ngn aku ni,,malas gila nak study,,tp explore blog rajin lak,,haha,,ntah ape2 la aku ni,,aku nak study tp bukan skang,,ptg2 cmni tido pun best gak,,tp skang dah asar la,,mak cakap tak bek tido pas asar,,,jd aku pun tak tidoq,,,pas2 apa yg aku wat skang,,,buang masa btoi,,dah la entry yang ari 2 aku ckp masa itu ibarat pedang,,,lw x potong dia akan potong kita balik,,,mesti korg pikir aku ni cakap tak supe bikn kan,,,LANTAK la korang nak cakap aku pe pun,,haha,,DO YOU LOOK LIKE I CARE!!!??? heheh,,ayat lecturer aku tuh,,em,,,korg ase ptg ni ujan x?
mintak2 la tak kan,,,KEDAH skang kat area JITRA,CHANGLUN dgq kata ayaq naik,,,bah besaq tuh,,,cian kat member2 aku yg dok area sana,,harap2 sihat2 la hendaknya noh,,,em,,ha,,td aku terbaca notes kat FB bapak lawak gila,,hahaha,,glak pun xabeh ag,,,sat2 aku copy bg sp2 yg nak baca,,,hahaha,,,

Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang nie………..


“sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negara kedah,pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni?kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik..”fenomena celaka apakah ini??shait!”..ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la..
aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala seniri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu..tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik..jenuh cuci lantai la..kalini aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier..

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu..aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama kFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cereta..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”



p/s:"x kelapaq mai dah",hahaha,,lawak la pakcik ni,,,

sumber: Facebook notes by Encik yone

Tuesday, November 2, 2010

LIRIK LAGU

CINTA TERAKIR-Aiman
Kau cinta pertamaku,
Kau cinta terakhirku,
Tiada apa yang bisa...
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Assalamualaikum....

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu Malaysia,,,
disini saya ingin mengambil kesempatan unuk berkongsi cerita atau dengan lebih spesifik lagi adalah untuk meluangkan masa yang terluang dengan sesiapa sahaja yang ingin meluangkan masa dengan saya jika ada diantara anda yang ingin meluangkan masa dengan saya.
Saya amat berbesar hati jika ada diantara anda yang ingin meluangkan masa dengan saya,,

Masa adalah emas..
betul ke masa itu emas,,kalau masa adalah emas maka bolehlah kita gadaikan masa,,emas mahal tu,,kaya!!kaya!!hahaha,em,,mungkin masa itu boleh diibaratkan sebagai mata pedang,,jika kita tidak potong masa maka dia akan potong kita,,ha,,jika masa telah potong kita maka tidak dapat nak berpatah balik lagi,,huhu,,,sedey siot,,

As a conclusion, hargailah masa yang kita ada,,janganlah kita sia-siakan masa yang kita ada,,janganlah kita menyesal di kemudian hari..Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya,,,
bercakaplah benar walaupun pahit,,masa yang ada kita hargai agar masa akan datang tidak kita sesali,,
begitu juga dengan blog ini yang namanya HARIHARIKU begitulah dengan hari-hariku yang akan datang,,kita tidak tahu apa yang akan datang pada masa akan datang....

p/s:pe yang aku mengarut ni,,,layan je,,,huhu
harihariku.blogspot.com

Tuesday, October 12, 2010

Aku,Esok dan Semalam...

Aku,Esok dan Semalam...



aku memikirkan bagaimana diriku pada hari esok..

memandangkan hari semalamku adalah suram,

aku memikirkan tentang hari esokku..

memandangkan hari semalamku malap,,,

aku memikirkan hari esokku..

memandamgkan hari semalamku karam..

aku cuba bangun untuk hari esok,,

tetapi bila teringatkan hari semalam, aku berasa seram...

bagaimana diriku pada hari esok,,

bila hari semalamku tidak memberi sinaran yang sepatutnya...