Saturday, September 8, 2012

Debor Lak Ase

Salam..

Dah berapa minggu dah semenjak heboh dalam facebook kawan-kawan menceritakan dah dapat transkrip sementara keputusan penuh. Tapi aku tak dapat lagi.

Dan aku buat tak kisah je. Tapi hari ini aku kisah sebab aku dapat tau kena reply balik surat tu bagitau nak hadir atau tak konvo nanti.

Tiba-tiba aku merasakan diriku seram sejuk, bulu roma meremang, keadaan cuaca yang panas tiba-tiba bertukar jadi mendung. Dan tidak semena-mena aku bermimpi yang aku tak dapat hadir ke konvo nanti.    

Arghhhh..... Lantas aku mengambil langkah yang drastik dengan mencari nombor telefon bahagian akademik. Dan sekarang.................aku tak telefon lagi pun.

Di sini aku nak berkongsi tentang faktor kenapa aku tak dapat lagi surat tu. Ini adalah disebabkan kemungkinan yang aku masih berhutang dengan pihak universiti. Mungkin aku ada kena saman universiti dulu yang aku tak bayar.

Jadi nasihat saya kepada warga pelajar di mana-mana institusi sekalipun, jelaskanlah hutang anda. Ini dapat mengelakkan anda daripada menghadapi situasi seperti diriku yang hina lagi dina ini.

Ok,,kucing aku pun dah panggil mintak hak dia.

Sekian, wasalam.

Meow-meow

Salam...

Lama sungguh rasa tak buka blog ni. Sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa dalam blog ni. Buka ni pun sebab kebetulan. Haha.

Sekarang ni cuaca tak menentu, kejap hujan lepas tu panas, hujan panas, panas hujan. Ramai juga la yang mengalami demam-demam akibat daripada cuaca yang tak menentu ni. Saat aku mengabadikan tulisan di dalam blog ni pun hujan sedang turun membasahi bumi.

Kerja aku pula, em,,memang tak ada kerja,,haha. Tidur, makan, tidur balik, makan. Memang Perut tu sikit lagi ja nak dapat six, tapi bukan six pack tapi six lapis.

Selain dari itu, aku juga sekarang ni tengah melatih kucing-kucing dekat rumah aku ni supaya lebih berdisplin. Kucing-kucing ni adalah kucing gelandangan yang tak ada tempat berteduh. Jadi mungkin sebab tu kucing-kucing ni menjadikan rumah ni sebagai tempat berteduh diorang.

Berbalik kepada misi aku untuk mendisplinkan kucing. Faktor utama kenapa aku nak mendisplinkan kucing-kucing ni adalah kerana time makan, diorang ni suka sangat berebut time aku bagi makan. Bila aku suruh beratur diorang tak nak. Diorang melawan balik dengan mengiau beramai-ramai. Ish, aku sangat kesal dengan diorang ni.

Oleh sebab itu, aku nak disiplinkan kucing-kucing tersebut.  Harapan saya adalah untuk melihat kucing-kucing beratur time makan dan tidak bersepah-sepah bile makan.

Sekian.

Tuesday, April 10, 2012

Cerita Biawak

Fuh!!!
Berhabuk sudah blog ni,,tiup sikit untuk menghilangkan habuk. Tiup bersama saya,,Fuh!!!

Bagus,,pandai U Olls,,

Ok today I nak story sikit about my frens.. My fren ni kan dia dok sorang2 time cuti ni,, oh ok untuk pengetahuan U Olls kitorang cuti mid sem,, my fren ni dia tak balek kampung and dia dok sorang2 je kat umah sewa dia.. nak dijadikan cerita U Olls,,, ada seekor binatang ni that dipanggil oleh orang kampung Bewak or bahasa rasmi Biawak kan U Olls masuk dalam rumah dia,,,

Dia takut kan U Olls die telefon I la suruh halau Bewak tu,, ye my fren ni pompuan U Olls,,

I dengan kuasa yang ade I pun ajak my fren satu lagi pergi umah dia nak menjalankan ritual halau Bewak,,haha...

Kitorang kan U Olls berpeluh halau bewak tu tau U Olls,, Ye la Kitorang ni pun bukan berani sangat U Olls,,haha,,,

Ok then lepas beberapa hari kitorang pun dapat upah iaitu pisang and chicken goreng,,, dah macam bomoh kan U Olls,, Ok kepada U Olls di luar sana nak dapatkan perkhidmatan menghalau benda asing dari rumah korang,, U Olls can contact We Olls ok,,hehe..

Ok la U Olls I chow dulu ye,,have fun U Olls,,


Ni la bewak tu U Olls,, seram kan,,eee,,,I takot tau..tapi sempat jugak I snap gambo  die..


Yang Benar,
HArI
(Ni signature I)

Wednesday, January 18, 2012

Kemalangan Di Kuala Terengganu

Masa aku berangkat pulang dari Kuala Terengganu ke Kedah semalam, aku terselisih dengan satu kejadian kemalangan jalan raya. Masa aku sampai tu kereta yang accident tu ada lagi kat  tempat kejadian. Condition kereta tu memang teruk gila la, bersepai tak nampak bentuk kereta langsung. 

Untuk berita yang lebih lanjut ada kat bawah.


KUALA TERENGGANU - Seramai empat lelaki terbunuh di tempat kejadian dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kereta di Jalan Tengku Mohamad, berdekatan Taman Semarak di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang Ajil dan rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43 dari Ayer Keroh, Melaka. Kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.

Manakala dua lagi yang maut adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26 dari Perak dan Mohd Rizal Ibarahim, 30, dari Baling Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.

Bagaimanapun, pemandu kereta Persona, Nooriana Mohammad, 35 yang juga saksi kejadian kemalangan ngeri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Nooriana, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Wakaf Tengah.

Katanya, ketika melalui Jalan Tengku Mohamad, sebuah kereta jenis Honda dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas sebelum ‘terbang’ ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Kancil di hadapannya.

“Ketika itu, saya sedang berada di belakang sebuah kereta Kancil yang dinaiki dua lelaki.

“Beberapa minit kemudian, saya nampak kereta Honda itu menghempap bahagian atas kereta Kancil menyebabkan seorang penumpang Honda melambung keluar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Dia yang bekerja sebagai kerani disebuah syarikat di Kuala Ibai dekat sini berkata, kereta Honda itu turut melanggar bahagian hadapan keretanya menyebabkan dia terbabas.

“Saya nampak dua lelaki yang berada di dalam kereta Kancil itu tersepit sementara seorang penumpang kereta Honda melambung sejauh lebih 10 meter,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Moham mengesahkan kesemua mangsa mati di tempat kejadian.

“Empat yang maut kesemuanya lelaki sementara pemandu kereta Persona yang merupakan seorang perempuan terselamat dalam kejadian itu,” katanya.


Empat maut dalam nahas ngeri




Empat maut dalam nahas ngeri




Empat maut dalam nahas ngeri




Sumber: Sinar Harian


Masih Ada Cebisan Harapan

Semenjak masuk final year ni,,jarang-jarang aku bukak blog ni. Rupanya masih wujud lagi blog aku ni,,haha..bersawang mawang dah haih,,

Punya la lama aku tak bukak sampai password pun aku tak ingat dah. Aku tanya la kakak aku, adik aku, mak aku malahan tok aku pun aku tanya kalau-kalau depa ingat password blog aku ni. Tapi apakan daya langit tidak selalunya cerah, jadi aku pun try and error  je la masukkan password aku tu.. 

Setelah memasukkan beberapa password yang aku rasa betul, tiba-tiba baru aku realize semua password yang aku masukkan tu satu pun tak betul...arghhhh,,,damn... jadi dibawah adalah langkah-langkah yang aku ambil nak dapatkan password yang baru..... 






Setelah mencuba
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BERJAYA!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Siap ada bintang-bintang lagi google bagi kat aku..hauhauhau...

Macam tu la cerita dia,,,masih ada secebis harapan lagi untuk aku menghidupkan semula blog ni,,
Semangat dan azam kena ada,,update atau tak yang tu belakang kira,,, hauhauhauhau lagi...




Wednesday, November 30, 2011

Stamina Rendah


Beberapa minggu ni memang minggu-minggu yang meletihkan bagi diri aku..

Banyak kerja yang nak disiapkan,,,tapi inilah asam garam kehidupan seorang pelajar...

Ni la nikmat yang patut dinikmati oleh para pelajar,,,Dalam banyak kerja sempat lagi pulak aku update blog yang dah macam tak bertuan ni,,hahaha,,, 



Mula-mula penat buat kerja baru terduduk macam ni




Lepas tu,,dah berpinau dah kepala otak aku,,mata pun dah tak larat nak bukak




       Sekarang dah macam ni dah,,,

Good night everibodi.....


sumber gambar: Google


Thursday, October 27, 2011

Amil Lesapkan Wang Zakat





JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.
Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.
“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

*bila nampak duit je ramai yang rambang mata.sedangkan imam ni boleh terpedaya dengan duit,ini kan pulak kamu.so keep your head cool before talking about money....