Saturday, September 8, 2012

Debor Lak Ase

Salam..

Dah berapa minggu dah semenjak heboh dalam facebook kawan-kawan menceritakan dah dapat transkrip sementara keputusan penuh. Tapi aku tak dapat lagi.

Dan aku buat tak kisah je. Tapi hari ini aku kisah sebab aku dapat tau kena reply balik surat tu bagitau nak hadir atau tak konvo nanti.

Tiba-tiba aku merasakan diriku seram sejuk, bulu roma meremang, keadaan cuaca yang panas tiba-tiba bertukar jadi mendung. Dan tidak semena-mena aku bermimpi yang aku tak dapat hadir ke konvo nanti.    

Arghhhh..... Lantas aku mengambil langkah yang drastik dengan mencari nombor telefon bahagian akademik. Dan sekarang.................aku tak telefon lagi pun.

Di sini aku nak berkongsi tentang faktor kenapa aku tak dapat lagi surat tu. Ini adalah disebabkan kemungkinan yang aku masih berhutang dengan pihak universiti. Mungkin aku ada kena saman universiti dulu yang aku tak bayar.

Jadi nasihat saya kepada warga pelajar di mana-mana institusi sekalipun, jelaskanlah hutang anda. Ini dapat mengelakkan anda daripada menghadapi situasi seperti diriku yang hina lagi dina ini.

Ok,,kucing aku pun dah panggil mintak hak dia.

Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment