Friday, April 22, 2011

Cinta Ibarat???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

What's up guys!!!

Ok,,aku kat sini bukan nak speaking ka apa ka,,,tapi disini aku nak tanya la anda-anda di luar sana apa persepsi  anda tentang CINTA. Di sini aku percaya yang masing-masing ada persepsi dia yang tersendiri. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Ok kita tinggalkan pasal belalang kita terus menuju ke titik atau orang putih kata straight to the point. Di sini aku ada nak share sikit persepsi-persepsi tentang CINTA ni. Jadi leh tengok la mungkin ada yang sama dengan persepsi anda-anda semua


Cinta Ibarat Rama-rama
Sapa yang percaya cinta jenis ni maksud dia, dia tengah tunggu cinta tu datang sendiri kat dia. Macam rama-rama, kalau kita dok ligan(kejar) dia, makin jauh la dia lari dari kita. Tapi cuba kalau kita wat bodo ja kat dia, sat gi tup tup tap tap tet tet dia dok kat depan kita. Tension pulak tengok rama-rama tu kan? Ha time tu kena grab cepat-cepat la, takut sat gi dia lari lak pi kat lain jenuh pulak nak ligan. 

Persepsi aku: Jenis ni jenis yang tak setia ni,, senang sangat terpengaruh dan lari pi cari lain. Jenis ni susah nak jaga la kata orang. 

Cinta Ibarat Tunggu Bas
Analoginya macam ni, hampa semua tengah tunggu bas, lepas tu ada la bas mai kan dah nama pun tunggu bas. Lepas tu hampa kata bas ni buruk la,,,hmapa pun tak mau naik. Lepas tu ada lagi bas mai, hampa kata bas ni  banyak sangat loceng,,hampa tak mau naik lagi. Lepas tu tiba-tiba nak hujan,,tiba-tiba jugak ada bas mai,,hampa pun naik. Dah naik tengok-tengok bas tu buruk dan banyak loceng,,,tengok luar cantik,,masuk dalam hancussss.... hampa pun menyesal dan terima saja keadaan itu.

Persepsi aku: Jenis ni jenis memilih sangat,,last-last salah pilih,, padan muka,,menyesal sudah, anda salah anda sengsara.

Cinta Ibarat Boomerang
Cinta jenis ni jenis yang setia kat pasangan dia. Pasangan dia buat la apa pun kat dia,,baling laju-laju pun dia tetap balik kat pasangan dia. 

Persepsi aku: Jenis ni aku rasa jenis yang setia,,tapi agak bodoh la,,dia biar ja pasangan dia buat apa pun kat dia,,,dia tetap nak balik kat pasangan dia,,erm,,mungkin sebab Love is Blind.

Cinta Ibarat Kentut
Cinta jenis ni jenis yang malu-malu tapi mahu. Nak lepas malu bila dah lepas lega rasa. Tapi bila lepas diam-diam, bila sampai masa, tercium la kentut tu.Bila dah tercium fuhhhh,,,tak nak syahdu pulak kat bau dia,,,

Persepsi aku: jenis ni jenis yang aku rasa akan kekal la. Sebabnya bila tercium bau kentut tu memang tak boleh lupa la,,,syahdu....... bila terkena penangan cinta tu memang dia teringat ja,,macam teringat kat bau kentut tu,,,hahaha...

           
Anda pula bagaimana??? Yang mana satu hampa rasa yang Cinta Itu Diibaratkan??? Tapi apa-apa pun cinta yang hakiki adalah cinta kepada Tuhan. Klik sini 

Sunday, April 17, 2011

Antara FANTASI dan REALITI percintaan

Assalamualaikum and hello there!!!! 

Ha,,jawab jangan tak jawab. Tak jawab dosa ooo,,,ayyok tak tau,,,kalau jawab sayanggggg,,,
Huahuahua,,pengaruh vlogger la ni,,

Em,,kiriman aku pada kali ini adalah bersoalkan tentang CINTA....
Kenapa tiba-tiba aku nak bicara tentang CINTA ni??? Ha,,kena baca lagi la apa yang aku nak tulis. 

 Kita banyak terdedah dengan cerita-cerita cinta di kaca tv bukan. Pihak media banyak mempengaruhi pemikiran muda kita. Sedikit sebanyak mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Ha tak terpengaruh???
Hampa toksah dok muhong,,aku tau la hampa pun terpengaruh jugak dengan cerita-cerita kat tv nu,,,

Bukti dia cerita hantu kak limah la,,,apa lagi,,,contoh dia bala-bala,,ce cite,,,kite bako je,,,wheel caa dan sole-sole. Ha hampa nak muhong pa lagi,,,betoi kan? haha,,,  Aku tak mau tulis panjang kat sini, jadi aku nak cerita diantara FANTASI dan REALITI dunia percintaan. Apa yang ditunjuk kat dalam TV tu bukan semua betoi pun,,muhong ja lebih,,meh aku nak dedahkan antara FANTASI dan REALITI dia.


FANTASI: Tengok ada tahi bintang terbang ke kiri. Ha,itu tandanya saya cinta kat awak. 
REALITI: Tengok ada taik kucing,,kucing tu berak kat sebelah kiri awak.Tu tandanya awak ni busuk. 



FANTASI: Untukmu aku sanggup merentasi lautan api sekali pun wahai Munah.
REALITI: Mana ada lautan api dalam dunia ni wahai Munah boleh la aku cakap. 



FANTASI: Akanku bawa kau ke langit ketujuh sekali pun. 
REALITI: Alamak,,pe la yang aku merepek,,nak bawak nek AIR ASIA pun isi poket aku tak lepas...



FANTASI: Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
REALITI : Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak, ada Minah, Liza, Ani, Siti, eh,,nama awak sape,Anis ek?



FANTASI: Kalau awak bagi saya RM1000 sekali pun saya akan pilih awak dari duit tu.
REALITI : Kalau awak bagi saya RM1000 sekali pun saya akan pilih awak dari duit tu sebab saya nak RM1 juta dalam simpanan awak tu,apa barang RM1000.



FANTASI: Akan aku hiaskan langit malam dengan sinaran cahaya bulan dan kilauan bintang-bintang.
REALITI: Akan aku hiaskan langit malam dengan sinaran cahaya bulan dan kilauan bintang-bintang, sebab aku tak dak duit nak hias dengan lampu-lampu yang banyak,,bil elektrik mahai woo...



FANTASI: Dalam cinta, matalah yang paling jujur berkata-kata.
REALITI: Dalam cinta, matalah yang paling jujur berkata-kata, tengok mata kau ada ketumbit,,,sah-sah kau mengendap tengok pompuan mandi kan...


Ha,,macam mana boleh dijadikan iktibar tak pendedahan aku ni,, hehe,, Jadi yang tu sajalah kot yang aku nak kongsi kat sini. 
SEKIAN terima kasih...... 

Tuesday, April 12, 2011

LUPA

adus,,,,gua terlupa la!!!!
serius gua lupa
bukan lupa,tak ingat
em,,,byk sgt keja lupa la

menurut orang-orang bijak pandai dan orang yang sentiasa buat kajian,,1/4 orang dalam dunia ni suka memberi alasan LUPA.

kenapa LUPA yang dipilih???
Ini adalah kerana lupa adalah salah satu alasan yang paling selamat dan relevan diberikan selain daripada alasan "ALAMAK,,nenek gua bersalin la,,jadi tak sempat abiskan kerja tu".

Besides, perkataan LUPA lah yang paling senang nak sebut. Simple, mudah dan ringkas. Hanya dua suku kata iaitu Lu-Pa. Kalau bahasa Inggeris FORGET. Still dua suku kata For-Get. Ataupun dalam past tense FORGOT, masih juga dua suku kata For-Got.

Selain dari itu, LUPA dipilih sebagai satu alasan yang popular kerana LUPA memang adalah sifat manusia biasa macam kita ni. Dari perkataan arab INSAN. Kata akar INSAN bermaksud LUPA.

Furthermore, LUPA adalah alasan yang suka diberikan kerana LUPA dikaitkan dengan otak. Otak kita bawak kemana-mana saja kan? kalau otak letak kat kepala lutut pun kita still bawak kan otak tu. Jadi perkataan LUPA tu sentiasa ada dalam otak kita. Memang lumrah manusia.

contoh ayat yang sering digunakan:


  1. walaweh, gua lupe la bro nak beli rokok batang yang lu pesan tadi.
  2. em,,semalam kucing saya mengadu sakit perut dan cirit birit, saya risau sampai terlupa nak siapkan assigment tu,
  3. halamak,,,aku lupa la nak gosok gigi pagi tadi,,dah 2 hari aku lupa.
  4. err..saya terlupa memerang makan ikan, saya ingat dia makan friskies.


Akhir kata, LUPA adalah satu alasan yang fleksibel untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua anda berada. Jangan LUPA gunakan alasan LUPA dalam segala jenis keadaan. Anda LUPA anda sengsara.
Walaweh!!!!  gua LUPA esok gua ada kelas pagi,,,tido dulu sebelum gua LUPA nak bangun awal esok.. harap member gua tak LUPA nak kejutkan gua esok.