Tuesday, April 12, 2011

LUPA

adus,,,,gua terlupa la!!!!
serius gua lupa
bukan lupa,tak ingat
em,,,byk sgt keja lupa la

menurut orang-orang bijak pandai dan orang yang sentiasa buat kajian,,1/4 orang dalam dunia ni suka memberi alasan LUPA.

kenapa LUPA yang dipilih???
Ini adalah kerana lupa adalah salah satu alasan yang paling selamat dan relevan diberikan selain daripada alasan "ALAMAK,,nenek gua bersalin la,,jadi tak sempat abiskan kerja tu".

Besides, perkataan LUPA lah yang paling senang nak sebut. Simple, mudah dan ringkas. Hanya dua suku kata iaitu Lu-Pa. Kalau bahasa Inggeris FORGET. Still dua suku kata For-Get. Ataupun dalam past tense FORGOT, masih juga dua suku kata For-Got.

Selain dari itu, LUPA dipilih sebagai satu alasan yang popular kerana LUPA memang adalah sifat manusia biasa macam kita ni. Dari perkataan arab INSAN. Kata akar INSAN bermaksud LUPA.

Furthermore, LUPA adalah alasan yang suka diberikan kerana LUPA dikaitkan dengan otak. Otak kita bawak kemana-mana saja kan? kalau otak letak kat kepala lutut pun kita still bawak kan otak tu. Jadi perkataan LUPA tu sentiasa ada dalam otak kita. Memang lumrah manusia.

contoh ayat yang sering digunakan:


  1. walaweh, gua lupe la bro nak beli rokok batang yang lu pesan tadi.
  2. em,,semalam kucing saya mengadu sakit perut dan cirit birit, saya risau sampai terlupa nak siapkan assigment tu,
  3. halamak,,,aku lupa la nak gosok gigi pagi tadi,,dah 2 hari aku lupa.
  4. err..saya terlupa memerang makan ikan, saya ingat dia makan friskies.


Akhir kata, LUPA adalah satu alasan yang fleksibel untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua anda berada. Jangan LUPA gunakan alasan LUPA dalam segala jenis keadaan. Anda LUPA anda sengsara.
Walaweh!!!!  gua LUPA esok gua ada kelas pagi,,,tido dulu sebelum gua LUPA nak bangun awal esok.. harap member gua tak LUPA nak kejutkan gua esok.

2 comments:

  1. hahah...aku LUPA bwk kalkulator...bawak mai sat..

    ReplyDelete
  2. toodia,,, baguih punya LUPA,,,aku pun LUPA letak kat mana kalkulator,,,trus aku pecut LUPA aku tak buat lagi seafood

    ReplyDelete