Saturday, September 8, 2012

Meow-meow

Salam...

Lama sungguh rasa tak buka blog ni. Sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa dalam blog ni. Buka ni pun sebab kebetulan. Haha.

Sekarang ni cuaca tak menentu, kejap hujan lepas tu panas, hujan panas, panas hujan. Ramai juga la yang mengalami demam-demam akibat daripada cuaca yang tak menentu ni. Saat aku mengabadikan tulisan di dalam blog ni pun hujan sedang turun membasahi bumi.

Kerja aku pula, em,,memang tak ada kerja,,haha. Tidur, makan, tidur balik, makan. Memang Perut tu sikit lagi ja nak dapat six, tapi bukan six pack tapi six lapis.

Selain dari itu, aku juga sekarang ni tengah melatih kucing-kucing dekat rumah aku ni supaya lebih berdisplin. Kucing-kucing ni adalah kucing gelandangan yang tak ada tempat berteduh. Jadi mungkin sebab tu kucing-kucing ni menjadikan rumah ni sebagai tempat berteduh diorang.

Berbalik kepada misi aku untuk mendisplinkan kucing. Faktor utama kenapa aku nak mendisplinkan kucing-kucing ni adalah kerana time makan, diorang ni suka sangat berebut time aku bagi makan. Bila aku suruh beratur diorang tak nak. Diorang melawan balik dengan mengiau beramai-ramai. Ish, aku sangat kesal dengan diorang ni.

Oleh sebab itu, aku nak disiplinkan kucing-kucing tersebut.  Harapan saya adalah untuk melihat kucing-kucing beratur time makan dan tidak bersepah-sepah bile makan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment