Sunday, August 21, 2011

Pendedahan Ekslusif Seorang Guru


Situasi yang aku nak cerita ni memang betul terjadi kepada salah seorang guru di Malaysia ini. Guru tersebut telah berkongsi pengalamannya dengan aku untuk dikongsikan dan diabadikan di dalam blog aku ini. Bacalah pendedahan eksklusif yang dibawakan khas oleh wartawan khas HariHariku.


Latar tempat : Bilik darjah (darjah 3)


Cikgu: (sedang berjalan-jalan memerhatikan anak-anak muridnya membuat kerja yang diberikan)


Budak: (sedang melukis di atas kertas kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu)


Cikgu: Awak buat apa tu... (dengan nada yang sangat marah)


Budak: Lukis gambar berok cikgu.


Cikgu: Bila masa pulak saya ada berok. Sudah, baik awak padam balik.


Budak: Baik cikgu.


Setelah kelas tersebut,adalah waktu rehat. (Dingdingdong,,,,loceng rehat berbunyi)


20 minit kemudian,cikgu tersebut dapat panggilan telefon.


Cikgu: Ye cikgu bercakap,


Telefon: saya mak kepada Budak dalam kelas cikgu.


Cikgu: ok teruskan.


Telefon: Cikgu bagi anak saya balik awal ke? terima kasih ye cikgu.


Cikgu: Bila pulak saya bagi balik awal.


Telefon: Tadi Budak cerita, cikgu suruh dia Padam lepas tu Balik.


Cikgu: Ya Allah.


Setelah kejadian tersebut, Cikgu berkenaan tidak lagi menggunakan ayat Padam Balik kerana takut kejadian selepas padam dan terus balik ke rumah.


Cikgu tersebut sudah menukarkan ayat tersebut kepada Padam Semula.




Sekolah tempat berlakunya kejadian tersebut
    


2 comments: