Wednesday, January 18, 2012

Kemalangan Di Kuala Terengganu

Masa aku berangkat pulang dari Kuala Terengganu ke Kedah semalam, aku terselisih dengan satu kejadian kemalangan jalan raya. Masa aku sampai tu kereta yang accident tu ada lagi kat  tempat kejadian. Condition kereta tu memang teruk gila la, bersepai tak nampak bentuk kereta langsung. 

Untuk berita yang lebih lanjut ada kat bawah.


KUALA TERENGGANU - Seramai empat lelaki terbunuh di tempat kejadian dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kereta di Jalan Tengku Mohamad, berdekatan Taman Semarak di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang Ajil dan rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43 dari Ayer Keroh, Melaka. Kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.

Manakala dua lagi yang maut adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26 dari Perak dan Mohd Rizal Ibarahim, 30, dari Baling Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.

Bagaimanapun, pemandu kereta Persona, Nooriana Mohammad, 35 yang juga saksi kejadian kemalangan ngeri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Nooriana, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Wakaf Tengah.

Katanya, ketika melalui Jalan Tengku Mohamad, sebuah kereta jenis Honda dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas sebelum ‘terbang’ ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Kancil di hadapannya.

“Ketika itu, saya sedang berada di belakang sebuah kereta Kancil yang dinaiki dua lelaki.

“Beberapa minit kemudian, saya nampak kereta Honda itu menghempap bahagian atas kereta Kancil menyebabkan seorang penumpang Honda melambung keluar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Dia yang bekerja sebagai kerani disebuah syarikat di Kuala Ibai dekat sini berkata, kereta Honda itu turut melanggar bahagian hadapan keretanya menyebabkan dia terbabas.

“Saya nampak dua lelaki yang berada di dalam kereta Kancil itu tersepit sementara seorang penumpang kereta Honda melambung sejauh lebih 10 meter,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Moham mengesahkan kesemua mangsa mati di tempat kejadian.

“Empat yang maut kesemuanya lelaki sementara pemandu kereta Persona yang merupakan seorang perempuan terselamat dalam kejadian itu,” katanya.


Empat maut dalam nahas ngeri




Empat maut dalam nahas ngeri




Empat maut dalam nahas ngeri




Sumber: Sinar Harian


3 comments:

  1. wey aku balik rabu malam tu pun ada accident. bersepai abih keta dia...dekat2 kedai makan d'tunggal

    ReplyDelete
  2. ha,,,yang tu la yg aku cita ni,,,

    ReplyDelete
  3. tapi yang ank tulis neh aku tgk dah dalam tv sebelum bertolak p mbkt. neh mlm aku blk tu jd pulak, mlm 18. ka mmg accident yg sama? o.O

    ReplyDelete